Blog

Tip Motoring – 15

Ramai yang ada kereta yang sudah perpanjangkan COE sekarang sudah tidak di benarkan untuk membuat teksi apa nasihat untuk mereka

Sekarang  kereta yang hendak perpanjangkan COE sudah tidak di benar kan menggunakan seperti teksi jadi mereka yang hendak memandu kereta sebagai teksi harus ambil tahu dan harus bertanya dengan konsaltan kereta mereka sebelum mereka membuat keputusan satu lagi mereka juga harus tahu peraturan baru jika ada supaya tidak membuat keputusan yang salah, betanya terlebih dahulu sebelum membuat keputusan

Bagaimana kah saya boleh beli kereta dengan cara selamat

Untuk beli kereta dengan selamat dan terbaik ialah pertama kita harus cari konsaltan kereta yang kita sudah kenal dengan cara mereka berurusan dan perjanjian dan kejujuran mereka jika sudah dapat konsaltan sudah pasti kita akan dapat membeli kereta dengan selamat dan teratur dan kita juga dapat elakkan perkara yang tidak di ingini

Ramai masharakat kita masih ada dua kereta apa nasihat yang boleh kongsi bersama

Ramai masharakat kita sekarang yang ada dua kereta di sini saya boleh kongsi bersama ialah kewangan untuk 2 kereta jadi kita harus ambil tahu tentang perbelanjaan kereta kita jika kita ada 2 kereta ini bermakna kita harus bayar 2 ansuran bulanan dan insuran, cukai jalan raya dan tempat letak kereta ataupun car park yang lain tergantung penggunaan nya seperti minyak petrol dan lain lain lagi barulah kita boleh ambil keputusan untuk jual atau pun tidak

Tip Motoring – 14

Sekarang sudah masuk bulan puasa ramai yang akan membuat keputusan untuk membeli kereta apa nasihat untuk mereka

Untuk mereka yang hendak beli kereta sekarang masih boleh tetapi mereka harus sudah siapkan wang tunai sebagai deposit insuran dan ansuran bulanan dan kita juga sudah membuat keputusan untuk beli kereta apa dan semua ini sudah dibincangkan dengan kaum keluarga yang penting sekarang kita harus cari satu konsaltan kereta yang sudah di syorkan oleh teman dan kaum keluarga dan kita juga sudah membuat satu servey tentang konsaltan kereta yang kita hendak berurusan.

Saya hendak jual kereta saya yang masih ada 6 bulan lagi untuk tamat tempoh 15 tahun apa yang saya harus tahu

Jika kita hendak jual kereta kita yang sudah hampir tamat tempoh 15 tahun kita harus cari tahu tentang hutang kereta kita jika kita sudah tidak ada hutang lagi, kita akan dapat baki COE yang ada tetapi jika kita masih ada hutang kita harus tahu berapa hutang kita dan berapa baki COE kita baru lah kita akan tahu kita harus keluarkan wang ataupun tidak satu lagi kita boleh dapat baki insuran kita apabila kita sudah jual kereta kita

Saya hendak beli kereta baru parallel import apa nasihat untuk saya

Jika kita hendak beli kereta baru parallel yang pertama kita harus cari tahu latar belakang konsaltan kereta yang kita hendak berurusan jika sudah pasti berurusan dengan perushaan kereta lebih baik, apa yang kita harus elakkan ialah tawaran yang tidak masok akal dan kita juga harus berhati hati dan banyak bertanya.

Tip Motoring – 13

Mengapa quota COE berkurangan dan boleh kah quota COE di tambah lagi

Pada bulan Nov tahun lalu  pihak berkuasa sudah umumkan yang quote COE tidak akan di tambah lagi hingga tahun 2022 jadi quota COE akan berkurangan jika lebih banyak yang perpanjangkan COE kereta mereka quota COE akan bekurangan lagi dan ini ada kemungkinan harga COE akan naik dan naik biarpun quota COE berkurangan tetapi permintaan untuk kereta baru pun berkurangan harga COE ada kemungkinan boleh turun sedikit

Pemilik kereta baru meninggal dunia apa yang kaum keluarga harus buat

Jika pemilik kereta meninggal dunia kaum keluarga harus pilih salah satu anggota keluarga nya untuk menjadi wakil untuk berurusan dengan dealer kereta dan pihak keluarga harus dapat kan surat kebenaran untuk berurusan dengan pihak bank dan pihak LTA dan ini semua kita harus ada peguam saya syorkan bertanya terlebih dahulu sebelum membuat keputusan

Saya Mohamed Taifoor Bin Mohamed dengan seluruh keluarga Mohamed Taifoor Motoring ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut bulan yang penuh barakah dan mulia ini Ramadan Mubarak, dan saya Mohamed Taifoor dari Mohamed Taifoor Motoring ingin mohon maaf zahir dan batin kepada ibu yang tersayang, isteri saya, anak2, adek beradek ipar duai sanak saudara sahabat handai kaum kerabat pekerja pekerja dan semua muslimin dan muslimat dan semua pelanggan2 Mohamed Taifoor Motoring yang selalu mendokong kami dan pendengar2 tip motoring Selamat menyanbut bulan yang penuh berakah Ramadan Mubarak

 

Tip Motoring – 12

Sekarang sudah hampir masuk bulan Ramadan ramai pemilik kereta ingin menjual atau lebur ataupun perpanjangkan COE kereta mereka apa nasihat untuk mereka

Ada baik nya kita bertemu dengan konsaltan kereta kita sebab waktu nya sudah hampir supaya kita tidak tergopoh gapah untuk membuat keputusan jika kita perlu lebur ataupun perpanjangkan COE sudah pasti kita perlu sedikit waktu jadi ada baik nya kita bertemu konsaltan kita secepat mungkin supaya tidak membuat keputusan yang tidak tepat

Saya sudah berumur 75 tahun boleh kah saya beli kereta apa yang saya harus tahu

Jika kita sudah berumur 75 tahun boleh kah kita beli kereta, jika kita hendak beli kereta secara tunai kita boleh beli kereta biarpun umur kita sudah 90 tahun tetapi jika kita hendak mengambil pinjaman bank kita harus ada kan gerantor yang bergaji $3,000.00 ke atas dan harus dari kaum keluarga dan kita juga harus ada bukti pendapatan barulah pihak bank akan pertimbangkan tetapi ada baiknya jika kita boleh beli  cara tunai

Sekarang harga kereta baru untuk Cat ‘A’ rata rata berapa harga nya dan berapa wang tunai yang kita harus keluarkan jika kita hendak beli

Sekarang COE untuk Cat ‘A’ di paras 40,000 ke atas jadi harga kereta untuk rata rata berada diparas 90,000 hingga 100,000 jadi wang tunai yang harus di keluarkan ia lah deposit antara 27,000 hingga 30,000 dan insuran untuk satu tahun jika kita boleh siapkan wang tunai ini dengan tidak ada masaalah barulah kita dpaat beli kereta dengan selamat.

 

 

Tip Motoring – 11

Pada tahun 2021 ini apa yang pemilik kereta harus ambil tahu secara umum

Untuk pemilik kereta apa yang kita boleh kongsi bersama ialah pemilik kereta harus ambil tahu tentang harga kereta dan pasaran kereta dan juga peraturan peraturan yang baru supaya pemilik kereta boleh mengambil peluang jika harga kereta turun mendadak ataupun peraturan baru yang akan membantu mereka dari segi pinjaman dan had pinjaman untuk beli kereta

Saya hendak jual kereta saya apa nasihat untuk saya

Jika kita hendak jual kereta kita yang pertama berhati hati untuk memilih konsaltan kereta yang kita hendak jual kereta kita supaya tidak ada masaalah apabila kita jual kereta kita seperti wang tidak di bayar, kereta belum di tukar nama dan lain lain lagi jadi kita jangan lihat dari tawaran yang tertinggi sahaja kita juga harus lihat dengan siapa kita berurusan jual kereta kita

Pada Bulan April banyak kereta yang akan tamat tempoh 10 tahun apa nasihat untuk mereka

Jika kereta kita akan tamat tempoh pada bulan April ada baik nya kita bertanya dengan konsaltan kereta kita terlebih dahulu untuk mendapatkan nasihat, dan satu lagi kita harus ada keputusan yang sudah kita bincangkan dengan kaum keluarga seperti kita hendak lebur kereta sahaja ataupun kita hendak perpanjangkan COE kereta ataupun lain lain lagi apabila kita sudah mendapat nasihat dari konsaltan kereta kita barulah kita boleh membuat keputusan nya.

Tip Motoring – 10

Ini sudah bulan March tahun 2021 harga kereta masih belum turun biarpun masih ada covit 19 bilakah harga kereta akan turun

Sekarang sudah bulan March tahun 2021 harga kereta masih bertahan tidak turun mengapakah ini boleh terjadi di sebab kan quota COE yang berkurangan dan permintaan untuk kereta baru masih banyak jadi harga kereta dapat bertahan dan ada kemungkinan ia akan naik sedikit bila kah harga COE boleh turun apabila permintaan untuk kereta baru mulai turun dan quota COE di tambah setelah tahun 2022 tetapi sama sama lah kita tunggu dan lihat

Ramai yang masih tunggu untuk harga COE turun ke paras 20,000 untuk beli kereta baru apa nasihat untuk mereka

Jika kita masih menunggu harga COE turun hingga ke paras 20,000 ada baiknya kita fikirkan untuk beli kereta terpakai buat sementara hingga harga COE turun, sebab nya masa sekarang dengan quota COE yang berkurangan dan ramai pembeli kereta pertama kali ia akan membuat harga COE susah hendak turun tetapi apa pun boleh terjadi di waktu suasana covid 19 ini sama sama lah kita tunggu dan lihat

Ramai pembeli kereta berharap pihak berkuasa longgarkan had pinjaman dan deposit boleh kah ini terjadi

Di masa yang lalu ia pernah terjadi tetapi sekarang harus tunggu apa tindakkan yang akan di ambil oleh pihak berkuasa jika pasaraan terus muram dan jualan kereta mulai menurun ada kemungkinan mereka akan longgarkan had pinjaman dan deposit untuk beli kereta, tetapi kita tidak akan tahu bila ia akan berlaku jadi ada baik nya kita beli kereta atas kemampuan kta supaya tidak ada masaalah kewangan kereta

loading