Tip Motoring – 11

Pada tahun 2021 ini apa yang pemilik kereta harus ambil tahu secara umum

Untuk pemilik kereta apa yang kita boleh kongsi bersama ialah pemilik kereta harus ambil tahu tentang harga kereta dan pasaran kereta dan juga peraturan peraturan yang baru supaya pemilik kereta boleh mengambil peluang jika harga kereta turun mendadak ataupun peraturan baru yang akan membantu mereka dari segi pinjaman dan had pinjaman untuk beli kereta

Saya hendak jual kereta saya apa nasihat untuk saya

Jika kita hendak jual kereta kita yang pertama berhati hati untuk memilih konsaltan kereta yang kita hendak jual kereta kita supaya tidak ada masaalah apabila kita jual kereta kita seperti wang tidak di bayar, kereta belum di tukar nama dan lain lain lagi jadi kita jangan lihat dari tawaran yang tertinggi sahaja kita juga harus lihat dengan siapa kita berurusan jual kereta kita

Pada Bulan April banyak kereta yang akan tamat tempoh 10 tahun apa nasihat untuk mereka

Jika kereta kita akan tamat tempoh pada bulan April ada baik nya kita bertanya dengan konsaltan kereta kita terlebih dahulu untuk mendapatkan nasihat, dan satu lagi kita harus ada keputusan yang sudah kita bincangkan dengan kaum keluarga seperti kita hendak lebur kereta sahaja ataupun kita hendak perpanjangkan COE kereta ataupun lain lain lagi apabila kita sudah mendapat nasihat dari konsaltan kereta kita barulah kita boleh membuat keputusan nya.

Tip Motoring – 10
PREVIOUS POST
Tip Motoring – 12
NEXT POST