Tip Motoring – 06

Saya mahu beli kereta baru tetapi saya hanya ada $20,000 wang tunai boleh kah saya beli kereta baru

Jika kita hendak beli kereta baru tetapi kita hanya ada wang $20,000 kita masih boleh beli kereta baru yang berharga $70,000 ada baik nya kita bertanya kepada konsaltan kereta kita terlebih dahulu mereka kan lebih tahu dengan $20,000 wang tunai kita boleh beli kereta yang berharga berapa dan kemungkinan kita ada beberapa pilihan

Saya hendak beli kereta dengan cara pinjaman penuh apa nasihat untuk saya

Jika kita hendak beli kereta dengan pinjaman penuh apa yang kita harus faham ialah sudah pasti kadar faedah nya akan lebih tinggi dari biasa dan satu lagi breakeven nya hampir 9 tahun satu lagi ansuran nya juga lebih tinggi  dari mereka yang beli kereta dengan taroh deposit nasihat saya jika boleh elakkan beli kereta dengan cara mengambil pinjaman penuh.

Ramai yang sudah di buang kerja kerana Covid 19 dan ramai pemilik kereta sudah tidak dapat bayar ansuran bulanan mereka apa nasihat untuk mereka

Jika kita di buang kerja dan kita ada kereta yang masih ada baki hutang yang terutama jangan panik kita harus cari tahu tentang kewangan kereta kita berapa baki hutang kereta dan berapa harga pasaran harga kereta kita, setelah itu kita pergi ke konsaltan kereta kita untuk dapatkan nasihat supaya kita lebih faham pilihan apa yang kita ada, yang terbaik cuba cari kerja baru secepat mungkin supaya kita boleh teruskan membayar kereta kita.

Tip Motoring – 05
PREVIOUS POST
Tip Motoring – 07
NEXT POST